Cute Onion Club - Onion Head

Pages

Saturday, 15 September 2012

Kisah Asal Usulnya Air Zam-Zam



Setelah sekian lama Nabi Ibrahim dan isterinya berkahwin mereka tidak lagi dikurniakan anak oleh Allah s.w.t., maka satu hari isteri Nabi Ibrahim (Sarah) telah mencadangkan agar Nabi Ibrahim berkahwin lagi. Memandangkan usianya yang semakin tua akhirnya Nabi Ibrahim bersetujuberkahwin dengan khadamnya yang bernama Hajar, dengan perkahwinan ini akhirnya Hajar hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bersih lagi suci dan diberi nama Ismail (Nabi Ismail).

Dengan lahirnya Nabi Ismail maka suasana rumahtangga Nabi Ibrahim mengalami satu perubahan, yang mana selama ini Nabi Ibrahim mengharapkan agar cita-citanya untuk memperolehi anak telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.. Sarah juga adalah antara orang yang paling gembira dengan lahirnya Nabi Ismail. Setelah sekian lama berlalu timbullah rasa kurang senang di hati Sarah yang mana akhirnya ia terpaksa meluahkan isi hatinya kepada Nabi Ibrahim, Sarah juga meminta supya Hajar dan Ismail (Nabi Ismail) dibawa jauh dari pandangan matanya dan dengan wahyu Ilahi Nabi Ibrahim setuju dengan cadangan Sarah.

Kemudian bermulalah perjalanan yang jauh di antara Nabi Ibrahim dengan Hajar berserta dengan anaknya Nabi Ismail. Perjalanan mereka tiada tujuan, lama mereka berjalan akhirnya mereka berhenti di suatu tempat. Dan di tempat itulah Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar bersama anaknya Nabi Ismail, disertakan makanan yang banyak unutk mereka berdua. Nabi Ibrahim yang hendak berangkat ke Palestin berdoa kepada Allah s.w.t., mudah-mudahan Allah s.w.t. menjaga anak dan isterinya dari segala bahaya dan malapetaka.

Belum sempat Nabi Ibrahim hendak meninggalkan isteri dan anaknya, Hajar dengan segera mengikuti dari belakang sambil memegang tali unta yang dikenderai oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Ya Ibrahim! kemanakah engkau hendak pergi dan kenapa kamu meninggalkan kami di sini, dan di tempat yang menakutkan?". Hajar berharap Nabi Ibrahim akan menaruh kasihan terhadap dirinya dan diri anaknya, minta pertanggungjawab kepada Nabi Ibrahim. Siapakah yang akan menjaga kehidupannya dari bahaya kelaparan dan dahaga. Siapakah yang akan menjaganya dari serangan binatang-binatang buas, dari keterikan panas cahaya matahari dan kesejukan pada malam hari. Semua ini dikemukakannya keda Nabi Ibrahim dengan kata-kata yang manis dan lemah lembut dan disertai pula dengan cucuran air mata. Akhirnya Nabi Ibrahim pun memberitahu Hajar bahawa semua ini adalah atas kehendak Allah s.w.t. Nabi Ibrahim pun menasihatkan kepada Hajar agar sabar menerima takdir di atas setiap perintah Allah s.w.t. dan supaya dia tunduk dan patuh menurutkan semua perintah dan anjuran itu.

Setelah Hajar mendengar jawapan dari Nabi Ibrahim maka ia pun berkata: "Sekarang aku mengerti dan Allah s.w.t. sama sekali tidak akan mensia-siakan kami." Apabila Nabi Ibrahim mendengar keputusan isterinya maka ia pun meninggalkan anak dan isterinya menuju ke destinasinya mengharungi padang pasir yang sangat merbahaya, mendaki bukit, menurun bukit, melintasi beribu macam kesukaran dengan meninggalkan anak dan isterinya yang menjadi rangkaian hati dan jantungnya sendiri, semata-mata kerana Allah s.w.t.. Tambahan pula Nabi Ibrahim tidak membawa apa-apa bekalan pun selain kepercayaan dan ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata.

Dikisahkan dalam satu riwayat bahawa tempat Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail ialaha di padang pasir tandus, tidak ada manusia yang menghuni disitu. Hajar menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. semata-mata. Duduklah Hajar bersama anaknya dengan memakan makanan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim. Setelah sekian lama maka habislah semua bekalan makanan, Hajar dan anaknya mula merasai lapar, kelaparan yang amat sangat dan satu penderitaan yang tidak pernah dirasai oleh mana-mana manusia.

Hajar sangat risau memikirkan anaknya yang memerlukan susu, keadaan padang pasir dengan terikan matahari yang sangat panas mengeringkan lagi kerongkong Hajar dan anaknya. Kerana lapar yang sangat anaknya mulai menangis dengan kuat dan kekuatan tangisannya berkurangan disebabkan tidak berdaya.

Melihat akan keadaan anaknya yang semakin tenat, maka Hajar pun meninggalkan anaknya dan keluar mencari air, sekejap Hajar pergi mencari air ia kembali melihat anaknya, kemudian pergi lagi lagi untuk mencari air dan kembali melihat anaknya, demikianlah hal Hajar. Tempat yang menjadi ulang-alik Hajar itulah sekarang disebut Shafa dan Marwa, setiap kali Hajar kembali melihat anaknya, ia seolah-olah ada tanda-tanda air di Marwa, Ia berkejar ke sana tapi tidak juga ada air. Demekianlah Hajar berulang-alik diantara Shafa dan Marwa sebanyak tujuh kali. Dan hal inilah adanya ibadat hali disyariatkan, yakni ibadat Sa'i.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir putus asa, kecuali dari rahmat Allah s.w.t. dan pertolongannya., maka datanglah malaikat Jibrail bertanya: "Siapakah sebenarnya kamu ini?". Ujar Hajar: "Aku adalah hamba sahaya Nabi Ibrahim". Malaikat Jibrail bertanya lagi: "Kepada siapakah engkau harapkan di sini?". Jawab Hajar: "Hanya kepada Allah s.w.t.". Berkata Malaikat Jibrail: "Kalau begitu, engakau telah mengharapkan kepada Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu". Kemudian Malaikat Jibrail mengajak Hajar mengikutinya pergi ke suat tempat, di mana Malaikat Jibrail menginjakkan telapak kakinya keras-keras di atas tanah dan dengan segera keluarlah air tanpa berhenti-henti dari bekas tapak kaki itu dan airnya pula sangat jernih dengan kuasa Allah s.w.t.. Itulah air yang disebut AIR ZAM-ZAm.

Hajar sangat gembira meliahat air itu, dengan segera ia membasahikan bibir Nabi Ismail dan dengan segera Nabi Ismail kembali segar.

0 comments:

Post a Comment