Sesungguhnya jodoh itu di tangan tuhan yakni ALLAH s.w.t. ...
Bukan mudah untuk mencari jodoh yang baik. Ini semua ketentuan tuhan. kita ni hanya mampu merancang sahaja.
Bagaimana nak cari jodoh yang baik??
Mula-mula
kita perlu lah melakukan amal ibadah yang cukup dan yang terbaik untuk
Allah s.w.t.. Adakah kita layak mendapat yang terbaik dari Allah s.w.t. ,
kalau kita tidak buat yang terbaik untuk DIA?
Fikir-fikirkan lah..
Dalam
Al-Quran telah menyatakan bahawa lelaki yang baik itu untuk wanita yang
baik. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26:
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk
lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk
wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk
lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik…..”
Marilah
kita berubah dan memperbaiki diri sebelum terlambat. kita juga perlu
memelihara cinta kita pada Allah s.w.t. sebelum kita memikirkan siapa
yang akan Allah s.w.t. beri untuk menjadi pertemuan kita suatu hari
nanti. Berdoalah kepada Allah s.w.t supaya kita dapat pasangan yang
baik. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Ini lah doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74:
Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami,
sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang
bertakwa (Muttaqin)....”
Atau pun baca lah doa pendekat jodoh :
Yang bermaksud:
“Ya
Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi
pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut
nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua
puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat
mengasihi daripada segala-galanya......”
...Semoga Allah s.w.t akan meredhai kebahagian yang kita akan miliki suatu hari nanti... InsyaAllah.