Cute Onion Club - Onion Head

Pages

Monday, 8 April 2013


This Worldly Life Lyrics (Dunya)

By : MAHER ZAIN

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We’ve all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh
This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn’t put me here in vain
I know I’ll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it’s taking me back to You
This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they’ll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh
This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever







Saturday, 15 September 2012

Kisah Asal Usulnya Air Zam-Zam



Setelah sekian lama Nabi Ibrahim dan isterinya berkahwin mereka tidak lagi dikurniakan anak oleh Allah s.w.t., maka satu hari isteri Nabi Ibrahim (Sarah) telah mencadangkan agar Nabi Ibrahim berkahwin lagi. Memandangkan usianya yang semakin tua akhirnya Nabi Ibrahim bersetujuberkahwin dengan khadamnya yang bernama Hajar, dengan perkahwinan ini akhirnya Hajar hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bersih lagi suci dan diberi nama Ismail (Nabi Ismail).

Dengan lahirnya Nabi Ismail maka suasana rumahtangga Nabi Ibrahim mengalami satu perubahan, yang mana selama ini Nabi Ibrahim mengharapkan agar cita-citanya untuk memperolehi anak telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.. Sarah juga adalah antara orang yang paling gembira dengan lahirnya Nabi Ismail. Setelah sekian lama berlalu timbullah rasa kurang senang di hati Sarah yang mana akhirnya ia terpaksa meluahkan isi hatinya kepada Nabi Ibrahim, Sarah juga meminta supya Hajar dan Ismail (Nabi Ismail) dibawa jauh dari pandangan matanya dan dengan wahyu Ilahi Nabi Ibrahim setuju dengan cadangan Sarah.

Kemudian bermulalah perjalanan yang jauh di antara Nabi Ibrahim dengan Hajar berserta dengan anaknya Nabi Ismail. Perjalanan mereka tiada tujuan, lama mereka berjalan akhirnya mereka berhenti di suatu tempat. Dan di tempat itulah Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar bersama anaknya Nabi Ismail, disertakan makanan yang banyak unutk mereka berdua. Nabi Ibrahim yang hendak berangkat ke Palestin berdoa kepada Allah s.w.t., mudah-mudahan Allah s.w.t. menjaga anak dan isterinya dari segala bahaya dan malapetaka.

Belum sempat Nabi Ibrahim hendak meninggalkan isteri dan anaknya, Hajar dengan segera mengikuti dari belakang sambil memegang tali unta yang dikenderai oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Ya Ibrahim! kemanakah engkau hendak pergi dan kenapa kamu meninggalkan kami di sini, dan di tempat yang menakutkan?". Hajar berharap Nabi Ibrahim akan menaruh kasihan terhadap dirinya dan diri anaknya, minta pertanggungjawab kepada Nabi Ibrahim. Siapakah yang akan menjaga kehidupannya dari bahaya kelaparan dan dahaga. Siapakah yang akan menjaganya dari serangan binatang-binatang buas, dari keterikan panas cahaya matahari dan kesejukan pada malam hari. Semua ini dikemukakannya keda Nabi Ibrahim dengan kata-kata yang manis dan lemah lembut dan disertai pula dengan cucuran air mata. Akhirnya Nabi Ibrahim pun memberitahu Hajar bahawa semua ini adalah atas kehendak Allah s.w.t. Nabi Ibrahim pun menasihatkan kepada Hajar agar sabar menerima takdir di atas setiap perintah Allah s.w.t. dan supaya dia tunduk dan patuh menurutkan semua perintah dan anjuran itu.

Setelah Hajar mendengar jawapan dari Nabi Ibrahim maka ia pun berkata: "Sekarang aku mengerti dan Allah s.w.t. sama sekali tidak akan mensia-siakan kami." Apabila Nabi Ibrahim mendengar keputusan isterinya maka ia pun meninggalkan anak dan isterinya menuju ke destinasinya mengharungi padang pasir yang sangat merbahaya, mendaki bukit, menurun bukit, melintasi beribu macam kesukaran dengan meninggalkan anak dan isterinya yang menjadi rangkaian hati dan jantungnya sendiri, semata-mata kerana Allah s.w.t.. Tambahan pula Nabi Ibrahim tidak membawa apa-apa bekalan pun selain kepercayaan dan ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata.

Dikisahkan dalam satu riwayat bahawa tempat Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail ialaha di padang pasir tandus, tidak ada manusia yang menghuni disitu. Hajar menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. semata-mata. Duduklah Hajar bersama anaknya dengan memakan makanan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim. Setelah sekian lama maka habislah semua bekalan makanan, Hajar dan anaknya mula merasai lapar, kelaparan yang amat sangat dan satu penderitaan yang tidak pernah dirasai oleh mana-mana manusia.

Hajar sangat risau memikirkan anaknya yang memerlukan susu, keadaan padang pasir dengan terikan matahari yang sangat panas mengeringkan lagi kerongkong Hajar dan anaknya. Kerana lapar yang sangat anaknya mulai menangis dengan kuat dan kekuatan tangisannya berkurangan disebabkan tidak berdaya.

Melihat akan keadaan anaknya yang semakin tenat, maka Hajar pun meninggalkan anaknya dan keluar mencari air, sekejap Hajar pergi mencari air ia kembali melihat anaknya, kemudian pergi lagi lagi untuk mencari air dan kembali melihat anaknya, demikianlah hal Hajar. Tempat yang menjadi ulang-alik Hajar itulah sekarang disebut Shafa dan Marwa, setiap kali Hajar kembali melihat anaknya, ia seolah-olah ada tanda-tanda air di Marwa, Ia berkejar ke sana tapi tidak juga ada air. Demekianlah Hajar berulang-alik diantara Shafa dan Marwa sebanyak tujuh kali. Dan hal inilah adanya ibadat hali disyariatkan, yakni ibadat Sa'i.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir putus asa, kecuali dari rahmat Allah s.w.t. dan pertolongannya., maka datanglah malaikat Jibrail bertanya: "Siapakah sebenarnya kamu ini?". Ujar Hajar: "Aku adalah hamba sahaya Nabi Ibrahim". Malaikat Jibrail bertanya lagi: "Kepada siapakah engkau harapkan di sini?". Jawab Hajar: "Hanya kepada Allah s.w.t.". Berkata Malaikat Jibrail: "Kalau begitu, engakau telah mengharapkan kepada Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu". Kemudian Malaikat Jibrail mengajak Hajar mengikutinya pergi ke suat tempat, di mana Malaikat Jibrail menginjakkan telapak kakinya keras-keras di atas tanah dan dengan segera keluarlah air tanpa berhenti-henti dari bekas tapak kaki itu dan airnya pula sangat jernih dengan kuasa Allah s.w.t.. Itulah air yang disebut AIR ZAM-ZAm.

Hajar sangat gembira meliahat air itu, dengan segera ia membasahikan bibir Nabi Ismail dan dengan segera Nabi Ismail kembali segar.

Friday, 7 September 2012

Kisah Nabi Ibrahim Dibakar




Dikisahkan bahawa setelah Nabi Ibrahim gagal memujuk ayahnya menyembah Allah s.w.t. , Nabi Ibrahim tetap tidak putus asa.
Ia tahu bahawa hidayah adalah di tangan Tuhan dan tidak ada siapa yang dapat mengubah seseorang itu melainkan dengan kehendak Allah s.w.t.

Nabi Ibrahim tidak berhenti-henti bermujahadah memberi penerangan pada kaumnya supaya menyembah Allah s.w.t.. Apabila Nabi Ibrahim memberi mereka alasan dan sebab yang harus mereka mereka menyembah Allah s.w.t. lalu mereka berkata : "Kami hanya menurut agama yang dianuti oleh ibubapa kami dan agama kami itu adalah agama yang dianuti oleh nenek moyang kami secara turun temurun, oleh itu kami tidak akan sekali-kali meninggalkan agama kami(menyembah berhala)."

Apabila Nabi Ibrahim melihat kaumnya itu tidak mahu mendengar nasihatnya, mereka itu semuanya degil dan tetap berpegang teguh pada ajaran datuk nenek mereka.

Maka pada suatu hari kaumnya mengadakan perayaan tahunan yang diadakan di luar kota, semuanya membawa membawa khemah, makanan dan lain-lain untuk menghadiri upacara perayaan tersebut. Mereka menjemput Nabi Ibrahim ikut serta, tapi Nabi Ibrahim menolak dengan memberi alasan bahawa ia sakit. Apabila kaumnya mendengar alasan Nabi Ibrahim maka mereka takut kalau-kalau penyakit yang Nabi Ibrahim ada-adakan itu merebak kepada mereka lalu mereka meninggalkan Nabi Ibrahim di kota tersebut.

Bila Nabi Ibrahim melihat semua kaumnya meninggalkan kota untuk merayakan perayaan mereka, Nabi Ibrahim berkata dalam hatinya: "Inilah masa yang aku tunggu-tunggu, aku akan memberi mereka stau contoh bahawa berhala yang mereka sembah itu adalah semata-mata batu yang tidak berguna."

Nabi Ibrahim menggunakan kesempatan yang ada itu, lalu ia membawa kapak ditangannya dan terus menuju ke tempat pemujaan kaumnya. Apabila sampai di tempat tersebut Nabi Ibrahim melihat di depan patung-patung itu ada makanan yang dihidangkan untuk berhala-berhala tersebut, maka Nabi Ibrahim mendekati patung-patung itu dan berkata: "Kenapa kamu tidak makan makanan yang dihidangkan kepada kamu? Bodoh betul kamu!". Nabi Ibrahim menampar dan menendang berhala-berhala itu. Dan seterusnya Nabi Ibrahim mengangkat kapaknya lalu mengapak semua berhala-berhala yang kecil, kemudian Nabi Ibrahim menggalungkan kapak tersebut pada berhala yang besar.

Setelah perayaan kaumnya itu habis maka kembalilah kaumnya ke kota dan alangkah terkejutnya mereka apabila melihat habis semua berhala-berhala yang mereka sembah itu hancur dan yang tinggal cuma berhala yang terbesar diantara berhala-berhala itu. Berkata mereka: "Siapakah yang punya angkara ini hingga habis patung-patung pujaan kita hancur?". Berkata salah seorang dari mereka: "Kemungkinan orang yang melakukannya adalah orang yang selalu memperolok-olokkan agama kita dan tidak lain tidak bukan sudah tentu kerja orang yang bernama Ibrahim, sebab hanya dia seorang yang tinggal di kota ini sewaktu kita merayakan perayaan!".
Setelah penyelidikan terperinci dibuat akhirnya keputusan dibuat bahawa orang yang melakukan perbuatan tersebut adalah Nabi Ibrahim, maka perbicaraan pun telah dibuat di hadapan orang ramai dan mereka sangat marah terhadap perbuatan Nabi Ibrahim sehingga ada yang berkata: "Kamu telah melakukan satu penghinaan terhadap agama kami dan kamu tidak patut diampuni dan sebalinya kamu harus dijatuhkan hukuman yang setimpal dengannya".

Sememangnya Nabi Ibrahim memang menanti-nanti supaya perbicaraan dibuat secara terbuka dan disamping itu dapatlah Nabi Ibrahim menunjukkan kepada mereka bahawa perbuatan menyembah berhala adalah satu perbuatan yang paling bodoh dan tidak berguna.

Apabila Nabi Ibrahim mengadap para hakim maka orang ramai yang menyaksikan perbicaraan tersebut mengutuk dan berteriak sebab marahnya mereka terhadap perbuatan Nabi Ibrahim itu. Setelah keadaan reda maka hakim pun memulakan pertanyaan: "Adakah kamu yang merosakkan patung-patung berhala kami?".
Nabi Ibrahim pun menjawab: "Kamu nampak tak patung besar itu, dilehernya ada kapak tergantung, cuba kamu tanya dia!". Apabila para hakim mendengar jawapan dari Nabi Ibrahim itu maka kesemua mereka diam sebentar sambil berbisik antara satu sama lain dan sedarlah mereka bahawa jawapan Nabi Ibrahim itu menyindir mereka lalu berkata sang hakim: "Wahai Ibrahim! tidakkah kamu tahu bahawa patung-patung itu tidak boleh bercakap!".

Apabila Nabi Ibrahim mendengar jawapan dari sang hakim itu, maka berkatalah Nabi Ibrahim dalam hatinya: "Akan aku tunjukkan kepada mereka semua satu contoh untuk menyedarkan mereka." Lalu Nabi Ibrahim pun berkata: "Buat apa kamu sembah patung-patung yang tidak boleh menolong kamu, kalau patung yang kamu sembah itu benar-berar berguna suruhlah dia berkata, macam mana kapak itu boleh berada di lehernya? Dan mengapakah kamu semua tidak terfikir dengan menggunakan akal, kamu semua memuja patung, tapi patung itu hanyalah benda yang kamu buat dan yang diilhami oleh syaitan!".

Berkata Nabi Ibrahim lagi: "Mengapakah kamu semua tidak semua mahu menyembah pada Allah s.w.t. yang mana DIA yang menciptakan kamu semua dan yang menjadikan alam ini. Alangkahnya jijiknya kamu keran menyembah berhala yang kamu buat sendiri. Memang kamu semua adalah yang paling bodoh!".

Setelah para hakim mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Nabi Ibrahim maka para hakim pun memutuskan bahawa Nabi Ibrahim bersalah dan akhirnya Nabi Ibrahim dijatuhkan hukuman bakar hidup-hidup.

Setelah keputusan dibuat bahawa Nabi Ibrahim harus dijatuhkan hukum dibakar hidup-hidup oleh penyembah-penyembah berhala, maka persiapan untuk menyalakan api pun dimulakan. Ramailah orang datang menyumbangkan kayu dan bahan-bahan bakar untuk menghidupkan api yang paling ganas. Mereka memikul kayu-kayu setakat yang mampu untuk membakar Nabi Ibrahim kerana telah memusnahkan berhala-berhala mereka.

Di antara mereka terdapat juga wanita-wanita hamil yang mengambil bahagian, kononnya tuhan-tuhan berhala mereka akan memudahkan mereka bersalin dan menyembuhkan penyakit yang mereka hadapi. Setelah semua bahan-bahan bakar dikumpul di suatu tempat lapang, maka kelihatanlah tempat pembakaran itu seperti sebuah bukit yang tinggi. Apabila api mula dihidupkan maka kelihatanlah api itu sangat ganas dan burung-burung berterbangan  di udara akan jatuh ke dalam api tersebut disebabkan tingginya api itu menjulang.

Kemudian Nabi Ibrahim pun dibawa orang dengan tangannya diikat ke tempat yang tinggi dekat dengan api yang sedang marak menyala itu, lalu Allah s.w.t. berfirman kepada api : "Wahai api, hendaklah engkau menjadi sejuk dan selamat terhadap Ibrahim" (surah al-Anbiya ayat 69). Apabila tiba saat yang ditunggu pun sampai maka Nabi Ibrahim pun dicampak ke dalam api yang sangat ganas , tetapi Allah s.w.t. telah perintahkan api supaya tidak mengapa-apakan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tetap bertawakal kepada Allah s.w.t. kerana ia tahu Allah s.w.t. tidak akan membiarkan api memakannya disebabkan keganasan orang-orang kafir.

Apabila Nabi ibrahim berada dalam kelompok api yang ganas, ia berasa sejuk dan api yang ganas itu hanya membakar tali dan rantai yang diikat pada Nabi Ibrahim saja. Apa saja yang Nabi Ibrahim pakai dan begitu juga dengan anggotanya tidak sedikit pun disentuh oleh api tersebut. Hal ini merupakan satu mukjizat yang Allah s.w.t. berikan kepada Nabi Ibrahim.

Orang ramai yang menyaksikan upacara pembakaran tersebut merasa terkejut melihat Nabi Ibrahim keluar dari kelompok api yang sudah padam dan yang tinggal hanyalah abunya saja.

Orang-orang yang menyaksikan peristiwa tersebut bertanya-tanya sesama sendiri tentang perkara ajaib yang mereka lihat dan mulailah timbul kesedaran tentang kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.

Saturday, 1 September 2012

percayalah : "ORANG YANG BAIK ADALAH UNTUK ORANG YANG BAIK" . ^_^







Sesungguhnya jodoh itu di tangan tuhan yakni ALLAH s.w.t. ...
Bukan mudah untuk mencari jodoh yang baik. Ini semua ketentuan tuhan. kita ni hanya mampu merancang sahaja.

Bagaimana nak cari jodoh yang baik??
Mula-mula kita perlu lah melakukan amal ibadah yang cukup dan yang terbaik untuk Allah s.w.t.. Adakah kita layak mendapat yang terbaik dari Allah s.w.t. , kalau kita tidak buat yang terbaik untuk DIA?
Fikir-fikirkan lah..

Dalam Al-Quran telah menyatakan bahawa lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26:


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

yang bermaksud: 

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

Marilah kita berubah dan memperbaiki diri sebelum terlambat. kita juga perlu memelihara cinta kita pada Allah s.w.t. sebelum kita memikirkan siapa yang akan Allah s.w.t. beri untuk menjadi pertemuan kita suatu hari nanti. Berdoalah kepada Allah s.w.t supaya kita dapat pasangan yang baik. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha pemurah lagi Maha penyayang.

Ini lah doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74:



Yang bermaksud:


“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)....”

Atau pun baca lah doa pendekat jodoh :




Yang bermaksud:


 “Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya......” 

...Semoga Allah s.w.t akan meredhai kebahagian yang kita akan miliki suatu hari nanti... InsyaAllah.